Saya telah meninggalkan tempat kelahiran saya selama 10 tahun diperantauan. Selama 10 tahun saya duduk di KUALA LUMPUR secara kasarnya peningkatan hidup masyarakat setempat dari segi ekonomi masih agak lemah. Banyak yang telah berubah tetapi jika dibandingkan dengan peratus peningkatan di tempat lain ia jauh sekali berbeza. Oleh sebab itu sudah sampai masanya bagi kita belajar menerokai sesuatu. Pilihan saya adalah kembali TERJUN ke dalam industri PERTANIAN.
Saya mengambil langkah untuk memberikan komitmen dalam aktiviti pertanian dan berusaha menghasilkan baka Pokok Getah yang berkualiti. Team kami terus berusaha mendapatkan kerjasama dengan pihak yang mempunyai kepakaran dalam pertanian dan penternakan. Di samping itu pada masa akan datang kami memberikan komitmen dalam penjagaan haiwan ternakan.
Dalam pertanian ini kami memberi KOMITMEN untuk beberapa perkhidmatan kepada pekebun-pekebun kecil dalam bidang penyelidikan dan kepakaran dalam penghasilan baka getah cantuman tunas. Disamping itu kami menyediakan perkhidmatan seperti dibawah iaitu:
- Produk 1: Membekalkan Anak Benih Getah Cantuman Tunas Muda pada kadar harga yang berpatutan.
- Produk 2: Memberikan Latihan Pengurusan Kebun Getah
Untuk maklumat lanjut mengenai program-program kami anda bolehlah menghantar email kepada pihak kami di jjjlking@yahoo.com