KUDAT seperti mana daerah yang lain mempunyai sejarahnya yang tersendiri. Sejak di zaman silam menurut legenda masyarakat pribumi di Kudat mereka telah datang di kawasan ini kerana mendapat kuasa dari BOBOLIZAN/BOBOHIZAN. Menurut ramalan yang dilakukan oleh Bobolizan yang terkemuka pada zaman itu mereka akan mendapat kehidupan yang baik di kawasan itu. Menurut istilah Bobohizan kawasan itu adalah dipanggil sebagai "DILA TANA" yang bermaksud "Lidah Tanah".
Kaum yang menghuni daerah KUDAT sejak ribuan tahun dahulu adalah BANGSA MOMOGUN yang kini di kenali sebagai RUNGUS sempena nama nenek moyang mereka yang membuka perkampungan PERTAMA mereka di KUDAT iaitu RUNGSUD.
Menurut kepercayaan pada zaman itu, kedatangan mereka disana adalah kerana disebabkan SEMANGAT AKI NABALU yang tinggal di PAMPANG NABALU atau GUNUNG KINABALU menghendaki mereka berpecah ke serata kawasan. Dalam amanat yang penting itu mereka dikehendaki memilih bukit atau gunung yang paling tinggi di kawasan mereka berhijrah dan melakukan UPACARA yang dipanggil "MAMASI Pomogunan" atau menghidupkan Alam iaitu satu upacara mengundang Semangat Aki Nabalu datang ke bukit yang paling Tinggi di daerah dimana mereka berhijrah.
Terdapat 2 peringkat bagi orang MOMOGUN RUNGUS membuat pengorbanan UNTUK menghidupkan ALAM supaya terjamin daripada serangan penyakit pertanian, penternakan dan fenomena alam iaitu:
UPACARA MAMASI
UPACARA MANAGAS
Dalam CALENDAR MOMOGUN RUNGUS mereka mempunyai kitaran tahunan tersendiri. Setiap kitaran adalah 100 tahun. Selepas tahun ke - 100, kitaran TAHUNAN akan bermula ke tahun 1. Kitaran ini akan berulang-ulang.
UPACARA MANAGAS
Pada Tahun 1, sebuah upacara akan dilakukan iaitu UPACARA MANAGAS. Upacara ini dilakukan dengan membuat sebuah korban sembelihan yang dinamakan "SADA TAGAZO" yang bermakna "IKAN BESAR". Ikan Besar adalah nama timangan kepada objek korban tersebut. Ikan Besar ini sebenarnya adalah MANUSIA yang di korbankan untuk mengambil darahnya dan di semaikan dalam tapak semaian KORBAN. KORBAN ini telah di mansuhkan pada zaman daerah KUDAT di tadbir oleh Kompeni Berpiagam Borneo Utara British dimana Vozoon Tumanggung Karantud yang di sebut British sebagai "THE LAST OF RUNGUS KING" telah di penjarakan kerana menjalankan KORBAN MANAGAS tersebut. Tumanggung Karantud kemudian di penjarakan di Kudat dan dipindahkan ke Sandakan apabila ibu pejabat pentadbiran British berpindah di sana. KORBAN manusia ini di beli oleh pihak KETUA-KETUA AGAMA dan PENJAGA-PENJAGA PANTAI kaum MOMOGUN RUNGUS disekitar KUDAT, BANDAU dan PITAS. Mereka membeli KORBAN tersebut dengan pihak Kesultanan SULU.
UPACARA MAMASI
Upacara ini dilakukan pada tahun ke-50. Upacara ini dilakukan sebagai memperbaharui atau menutup kesalahan-kesalahan tingkah laku yang berlaku di kalangan BANGSA MOMOGUN. Upacara ini adalah satu peringatan bahawa bangsa ini harus terus menjaga tabiat, menghormati adat-istiadat, menghormati ketetapan-ketetapan yang dilakukan oleh ketua agama dan ketua kampung dari semasa ke semasa. KORBAN ini di lakukan dengan sekadar melakukan korban sembelihan binatang ternak yang terpilih dan dipastikan ternakan tersebut sihat dan muda.
CARA-CARA MEMBUKA PERKAMPUNGAN
Apabila mereka membuka kampung-kampung di sekitar daerah tersebut maka mereka harus memilih sebuah bukit yang paling tinggi di kampung tersebut untuk dijadikan tempat PENYEMBAHAN KORBAN bagi mengundang semangat-semangat dari Pampang Nabalu. Tujuan mengundang semangat tersebut amatlah penting dan tidak boleh jika tidak dilakukan. Jika sekiranya ada perkampungan yang tidak melakukannya maka pelbagai bala dan penyakit pertanian dan binatang ternak akan menyerang dan berlarutan sehingga menyerang manusia.
Menurut Semangat Aki Nabalu melalui amanat NENEK MOYANG mereka iaitu NUNUK RAGANG, mereka harus berpecah kerana Aki Nabalu mendapati banyak gunung-gunung dan bukit-bukit yang tinggi diserata negeri tidak mempunyai penjaga. Semua bukit-bukit tersebut harus di datangi oleh kaum MOMOGUN dan menjadikannya sebagai bumi yang mempunyai hubungan atau pertalian DARAH secara rohani dengan kaum MOMOGUN. Oleh sebab itu setiap kali mereka membuat upacara maka DARAH KORBAN harus di cucurkan di bumi untuk membuat IKATAN PERTALIAN ANTARA KAUM MOMOGUN DENGAN BUMI DIKAWASAN TERSEBUT.
Dalam kepercayaan ini juga sungai-sungai yang mengalir dari gunung-gunung dan bukit-bukit PENGORBANAN yang menuju ke laut telah menjadi kawasan MUTLAK kaum MOMOGUN.
SISTEM KESELAMATAN
Suku kaum MOMOGUN RUNGUS adalah satu etnik yang hidup bersama. Ini amat digalakkan kerana serangan LANUN disekitar DILA TANA ( yang kemudian bertukar nama kepada TOMBORUNGUS sekarang dikenali KUDAT), amat kerap. Untuk mengelakkan serangan LANUN tersebut beberapa langkah yang dilakukan oleh bangsa RUNGUS untuk menjanjikan keamanan di sekitarnya iaitu:
BERKAMPUNG DENGAN MEMBUAT RUMAH PANJANG
MEMBUKA PUSAT-PUSAT PERTAHANAN DI PANTAI seperti Sampang Mangazou, Terongkungan, Vingolon, Andarason, Toringai, Badarag dan banyak lagi.
RUMAH PANJANG
Bagi Kaum Rungus rumah panjang adalah satu detik yang penting. Tradisi mereka yang hidup bebas bertukar dengan berkumpul ke sebuah rumah yang di sebut "Bvinatang" yang bermakna RUMAH PANJANG. Setiap rumah panjang akan di diketuai oleh seorang PAHLAWAN. Rumah panjang tersebut akan ditanam dengan RUMPUN BULUH disekelilingnya dan pintu hanya satu arah sahaja. Semuanya untuk keselamatan.
PANTAI PERTAHANAN
Sementara itu pantai di buka untuk dijadikan sebagai pusat pengintipan LANUN. Pantai yang paling penting dan mempunyai lokasi yang strategik adalah SAMPANG MANGAZOU. "SAMPANG boleh membawa makna kepada PINTAS atau POTONG atau juga SIMPANG. MANGAZOU pula bermakna LANUN". Ini bermakna Sampag Mangazou adalah bermaksud "Tempat memintas Lanun atau Tempat memotong Lanun atau juga Simpang mengintip Lanun."
Demikianlah beberapa ajaran dari AGAMA LABUS iaitu agama yang dianuti oleh kaum Momogun RUNGUS dari NUNUK RAGANG sejak berabad lamanya.
© Hak Terpelihara. Jvainking Global Dynamic (001281882-X)