|
KEMPEN DAERAH MATUNGGONG KUDAT KE ARAH SISWAZAH TANI YANG BERJAYA MENJELANG WAWASAN 2020
Menjelang WAWASAN 2020 kita menjangkakan negara kita MALAYSIA dan khususnya dikalangan golongan MINORITI harus merasai dan menikmati serba-serbi kemajuan yang dicapai oleh negara ini. Selaras dengan dasar kerajaan ini maka sebagai WARGA negara ini saya terfikir secara nekad untuk menceburkan diri dalam pengembangan aktiviti PERTANIAN di DAERAH KUDAT, KOTA MARUDU DAN PITAS dimana tempat-tempat ini merupakan kawsan utama suku kaum saya sendiri. Sebagai usaha dan kesedaran ke arah itu, sedikit usaha mula dilakukan untuk langkah yang lemah bagi menceburkan diri dalam bidang PERTANIAN. Pada masa akan datang bidang ini akan terus di majukan dan dibangunkan supaya kaum di sekitar daerah ini mula beralih kepada sistem pertanian moden yang lebih kepada cara pertanian berpindah-randah dimana pertanian ini amat merugikan mereka sendiri. Sudah sampai masanya kaum Momogun Rungus ini perlu untuk belajar sesuatu dalam bidang pertanian yang melibatkan kaedah separa moden dan moden.
|