|
The Tip Of Borneo - SAMPANG MANGAZOU KUDAT BORNEO
Daerah Kudat adalah sebuah daerah yang dikelilingi oleh PANTAI yang cantik. Namun pada masa ini pantai yang telah di buka dan dikunjungi ramai sejak berabad yang lalu adalah Pantai Sampang Mangazou. Daerah ini merupakan sebuah daerah yang di kelilingi lautan dan membuatkan penghuninya yang terdiri dari kaum Momogun Rungus membentuk satu perjuangannya selama berabad-abad lamanya untuk mempertahankan kawasan tersebutdari serangan Lanun. Daerah ini pada mulanya adalah satu daerah yang kosong. Ia hanya mula diduduki apabila AKI RUNGSUD datang berhijrah di Kirangavan Bandau. Aki Rungsud adalah anak Aki Nunuk Ragang yang di ilhami oleh Sunduvan Lumaag supaya memilih kawasan KUDAT sebagai petempatan baru. Sunduvan Lumaag ini merupakan semangat dari Gunung Kinabalu yang memberikan jaminan akan melindungi bangsa mereka sehingga ke seberang Lautan. Dibawah adalah beberapa gambar yang diambil di pantai Sampang Mangazou. Tanjung Simpang Mangazou terletak kira-kira 170 KM dari Kota Kinabalu atau 35 Km dari Bandar Kudat. Ia berada pada titik pertemuan Laut China Selatan dan Laut Sulu.
|
|
|
The Tip Of the Borneo - Simpang Mangazou Great Beach
Gambar ini merupakan gambar di hujung utara di peta Sabah. Inilah Tanjung Simpang Mangazou yang terletak di Daerah Kudat. Tanjung ini mula dipertahankan oleh nenek moyang Momogun Rungus apabila Lanun cuba mendirikan persembunyian di sini sekitar abad ke 18 dan 19. Pantai ini terus dipertahankan melalui perjuangan menerusi generasi seterusnya sehinggalah ke hari ini. |
|
|
The Tip Of The Borneo - Simpang Mangazou Beach images
Biarpun tempat ini telah lama wujud tetapi ia lebih dikenali dahulunya oleh para pelaut yang menganggapnya sebagai tanjung yang paling kuat ombak. Kadang-kadang ia amat merbahaya kepada pelayar yang lalu disini.
|
|
|
The Tip Of Borneo - The Great Simpang Mangazou Beach Kudat
Bergambar disini amat mengasyikkan. Saya tidak pernah menjumpai pantai seperti ini yang tidak dapat rasa suhu yang panas. Ini kerana anginnya selalu bergerak dalam masa 24 jam. |
|
|
The Tip Of Borneo - Simpang Mangazou Beach Kudat
Bagi kaum Momogun Rungus, tempat ini mempunyai makna dan menyimpan sejarah penting buat mereka. Menurut sejarah kaum itu, kawasan ini adalah tapak pertempuran pahlawan Rungus dengan lanun yang sering menyerang perkampungan mereka sekitar abad ke-18 dan 19. Tempat ini menjadi satu pusat pertahanan dan pengintipan pahlawan-pahlawan Momogun.
|
|
|
The Tips Of Borneo - The Great Simpang Mangazou Beach Kudat
Dalam bahasa kaum Momogun Rungus Kudat, Tanjung Simpang Mengayau dikenali dengan nama `Sampang Mangazou'. 'Sampang' adalah boleh di maksudkan sebagai "Simpang, Memintas, atau memotong' dan `Mangazou' pula bermakna Lanun atau penceroboh. Sampang Mangazou bermakna medan peperangan atau pertempuran. Sampang mangazou akhirnya merujuk kepada satu tempat yang strategik untuk mengawal perairan di Kudat kerana tempat tersebut amat luas. Pahlawan-pahlawan memilih tempat itu sebagai pusat pengawalan kawasan Momogun Rungus.
|
|
|
The Tip Of Borneo - The Mangazou Beach Kudat images
Justeru, mereka menggunakan tanjung ini sebagai kawasan untuk mempertahankan perkampungan mereka dan berjaga-jaga, selain tempat pengawasan kapal-kapal asing yang melalui atau mendarat di kawasan ini. Selain daripada Sampang mangazou banyak lagi tempat yang mereka buka seperti Pantai Torongkungan, Pantai Bangau dan banyak lagi di sekeliling Kudat.
|
|
|
The Tip Of Borneo - Simpang Mangazou Kudat
Tanjung Simpang Mengazou yang disamakan dengan Cape of Good Hope di Afrika dan Cape Horn Amerika Selatan mempunyai banyak kemudahan asas seperti ruang yang direka khas untuk pejalan kaki, tempat menyaksikan pemandangan, ruang meletak kereta, gerai makanan dan minuman serta tandas. Pantai ini di gelarkan oleh para pelancong asing yang datang ke daerah ini sebagai "Cape of Good Hope Borneo" dan ada juga yang menggelarkannya "Cape Horn Of Borneo".
|